Tuesday, October 26, 2010

27/10/2010

Jam menunjukan 1.00 tghari,pulang dari tempat akak aku berniaga...aku dan wildani(bukan nama sebena) pulang dengan gaya lenggang-lenggang kangkung..waktu tu keadaan malas kami memaksa kami untuk mencari teksi..arhhh... lantak la mahal pon asalkan dapat tiba awal ke rumah..perot masing-masing bergendang gendang bermacam-macam lagu menandakan kelaparan sampai tahap kebulur mencepu...pinnnnnnnnnnnnnnn!!! hon teksi berbunyi..menanya kami mahu kemana,aku dengan nada 'kerek' nya memberitahu mahu pulang ke taman 'tut'(nama tempat tidak dibenarkan letak). pemandu teksi tu memang la hensem tahap penyanyi maher zain..muka macam pakistan..tapi sekali beliau tidak mengerti bahasa yang aku tuturkan..terpaksalah aku ber'speaking' english dengan tonggang langgang,kalau lah bekas cikgu b.english ku dengar,dah tentu mengalir air mata darah..hahhaha...errrr...eh aku dah melalut cerita la....
berbalik pada cerita asal tadi, kami pon menaikilah teksi tu..kemudian teksi tu menutup tingkap cermin dan yang aku peliknya tingkap cermin begitu kelabu sehingga penglihatan kami diluar kurang jelas..aku hanya mendiamkan diri sambil otak ligat memikir mengapa,kenapa dan bagaimana?....hampir satu jam kami didalam teksi,jauh pulak perjalanan...sungguh menghairankan benak otak aku ni..tiba-tiba teksi tu berhenti...pemandu tadi dengan lajunya keluar dan membuka pintu bahagian aku duduk dan menarik aku keluar,aku memang terkejut beruk la.pemandu tu merampas beg yang ada pada tangan aku,aku bergelut dengan dia..rupanya dia mahu merompak kami..aku tidak akan benarkan dia merampas beg aku...argghhhhhh.....dushhhh....bedebushhhh(aksi ini terlalu ganas so hanya bunyi je)..wildani yang ketakutan didalam kereta dengan pantasnya keluar dari kereta dan menuju ke sebuah kereta kancil..tah macam mana ada pulak kunci kerata kancil tu..wildani memandu dengan gaya ala-ala filem 'the others guy' masa the rock nak mengejar penjenayah...wildani cuba melanggar perompak berkenaan,aku hampir terpelanting ke tepi...apa lagi aku pun berlari dengan sekuat hati meninggalkan perompak tersebut..aku nampak kereta yang dipandu wildani dihadapan sambil melambai-lambai tangannya menyuruh aku masuk di dalam kereta..pada masa yang sama aku sempat mendail 999 tapi yang peliknya orang yang menjawab panggilan aku menyangkakan aku membuat panggilan palsu..time-time macam ni pulak nak kena bagi itu ini..argggghhh lantak aku memutuskan talian..aku berlari ke arah kereta yang dipandi wildani,belom sempat aku melangkah perompak sempat memaut kakiku....aku terjatuh.....perompak itu seperti mahu merogolku pula tetapi belom sempat dia membuka seluarnya, wildani menendang punggungnya lalu jatuh dia jatuh ketepi..perompak tu naik berang lalu menumbuk widani sehingga pengsan..aku dengan melihat keadaan tu naik marah sehingga memukul perompak tu dengan kayu(tah bila muncul pulak kayu) dan akhirnya perompak itu pun pengsan..
Aku dalam keadaan lemah...tangan luka-luka akibat bergelut dengan perompak tadi memerhati wildani dengan sedihnya..aku mendukung wildani yang pengsan itu sambil berjalan mencari balai polis berhampiran..lalu.....berjumpalah aku dengan balai polis..dan dalam masa yang sama aku terdengar bunyi suara orang membacakan surah-surah Al-Quran..
tiba-tiba aku membuka mata....laaaaa....mimpi rupanya...fuh jam menunjukan azan subuh hampir tiba..aku beristifar berulang kali..dan kepala aku berfikir,moral pada cerita aku ni adalah sebelom tidur baca doa...

Monday, October 25, 2010

26/10/2010

hari yang sangat membosan kan.....hampir terlena dengan kertas-kertas yang penuh diatas meja..rasa nya lama aku tak bukak blog ni..try bukak,apekehalnye lupe pasword..hahahha..sudah tua makcik ni rupenya...terpaksa ler bersush payah buat pasword baru.argghhhh....kepala pening..apesal rasa kosong je ni? Ya Allah berikan aku kekuatan..amin..bos ta masok ofice sejak dr pg...mgkin sibuk kot..mujur jugak beliau tak masok,kalu tak msti agak serabot,udah la otak ni mcm nak pecah je,mau telan panadol???tidak sama sekali..aku kan benci benda2 alah tu..nak telan pon tak reti..huhuhuhu...perasaan malas sgt menguasai jiwe dan minda aku arini...fuhhh....nak layan facebook lagikan malas, malas tengok muka-muka yg menyakitkan hati..malas nya..kerja...kerja...kalu malas dtg kerja alamatnya ta makan la aku...dah duit takde.
tetibe aku terbayang...alagkah bestnye dapat mandi laut...baring ditengan laut dengan pelampong besar sambil memandang langit dengan chaya matahari...tenang...tanpa memikirkan kesibukan kota,bunyi-bunyi LRT,bas...mulut-mulut manusia...arghhhhh....tenang...tapi ape kan daya...bulan ni begitu pokai untuk melancong bercuti sakan...hanya dapt membayangkan jela..otak kembali serabut...pening..aduhhh....
tenet....tenet...bunyi rinton msg nset jenama nokia tu berbunyi...kulihat..huh...tak penting, kuabaikan saja msg tu tanpa membalas..lgpon kredit low,jimat-jimat la sikit....time2 mcm ni aku rindu mak..rindu sangat..padahal baru je semalam aku menalepon mak,menanya kabar ayah tercinte..aku mau balik tapi apekan daye..uwang cipot je..rindu mak...mak...mak...nak tido sebalh mak..nak pelok2 cium mak...mak...tetibe air mata nak kua gak..ish3....ape la.......